OK aku sedar dan tau sudah lama aku tinggalkan blogku ini bukan tidak ada idea tapi tidak ada masa sibuk jak slalu ni...yang pasti walaupun tahun 2010 sudah kita duduki selama 19 hari tapi rasanya tidak terlewat aku mau cakap sikit pasal azam tahun baru
Spt biasa aku jarang ada azam yang kukuh stiap kali tahun baru menjelma cuma yg slalu aku ingtkan diri aku yg cepat lupa ini adalah jangan tensi2, buat kerja satu2, family mesti diutamakan n kebajikan diri sendiri n family perkara utama dalam hidup sebab kalau kita tidak jaga diri kita baik2, kesihatan badan dan emosi kita baik2, kalau ada masalah di kemudian hari jgn harap org lain mau tolong kecuali diri sendiri dan family terchenta, coz i believe only them will owez be at my side no matter in wat situation...so walaupun tanggungjawab dan beban tugas menimbun, jz relax, cool down, cari masa utk relax dan buat perancangan yang terbaik dan yang pasti perancangan yang bersesuaian dengan kemampuan diri...
Next hapdate yang juga penting dalam blog ini adalah berkenaan anakku tersayang Tn.kecil Zulfan, banyak yang dia sudah pandai sampai agak sukar untuk aku sebut satu persatu di sini, oklah untuk tatapan dan imbauan zulfan di masa akan datang, ini adalah antara perkembangan zulfan setakat hari ini 19.1.2010 di kala zulfan berumur 2tahun 10 bulan 25 hari:-
1. Zulfan sudah boleh bezakan dengan jayanya aeroplane, helikopter n jet bagus2 anakku dan tahniah abahnya kerana berjaya menerapkan minat2mu itu kepada zulfan
2. sudah tahu several words in both BM n English n bila kita sebut sesuatu like "moon" dia akan cakap bukanlah itu "bulan" ataupun zulfan tengok tu aeroplane dia akan jawab bukanlah itu kapal terbang, another example zulfan tengok tu ada kapal laut dia akan jawab bukanlah itu ship...hmm iyekan ajelah ye tuan2 dan puan2 :)
3. perkataan favorite dia sekarang "tiada pun" especially bila kita cakap jangan main di bilik ada cockroach...
4. sangat manja yang teramat sangat mungkin dia sudah boleh sense yang dia akan jadi abang...yang mana makan mesti aku suap, mandi mesti aku kasi mandi, pergi toilet mesti aku temankan, minum ubat aku yang mesti kasi minum...huhuhu
5. setiap malam mesti mau tidur sebelah mummy walaupun sudah letak di tilam dia, tengah malam tengok2 ada sudah dia di sebelah aku...
6. sangat suka tengok magazines atau buku pasal aircraft,siap bawa tidur lagi n simpan di tepi bantal, so yang jadi mangsa adalah majalah dan buku2 suami terchenta yang sudah menjadi koleksi bertahun lamanya, apa boleh buat dia mahu tengok terpaksa bagilah bang kan...tapi yang bagusnya Zulfan dia pandai selak majalah atau buku tu elok2, Alhamdulillah setakat ini tidak ada plak yang koyak, setakat terlipat di tepi sikit tu adalah tapi itu masih boleh dimaafkan
7. lebih independent sekarang dalam bab2 kerja2 yang orang tua boleh buat cthnya baju kalau ada butang, dia mahu butang sendiri, seluar sarung sendiri tapi seperti biasa kalau aku ada, mahu aku ada juga di depan dia menengok sesi memakai baju, mahu minum air akan ambil sendiri cawan dari atas meja dan ambil air dari water dispenser, up to the extent one time semua orang bz, aku mahu masak di bawah, aunty jiji tgh sembahyang, grandmanya di bilik, si kawan x tertahan mau pooh terus pergi bilik mandi n pooh, mungkin dia takut duduk di toilet bowl takut jatuh sebab selalu kami yang kasi duduk, lepas selesai urusan pooh siap mahu cuci sendiri lagi n simbah air sekeliling bilik mandi bagi memastikan sisa urusan pooh dapat disalurkan ke tempat yang sepatutnya...alahai anak...ish3
8. sudah boleh susun permainan yg macam lego tu n buat kapal terbang, buat pistol, train n ship, kira oklah kan...:)
9. cukup kenal dengan mickey mouse n donald duck...ini mesti selalu sgt tgk playhouse disney time di taska sbb waktu petang sambil tunggu parents datang jemput, diorang akan dibagi minum susu sambil tgk tat channel, almaklumlah time pukul 5-5.30 time slot mickey mouse
10. oh ya sekarang kalau mahu sembahyang tidak lagi tunggu aku atau abang mahu sembahyang kalau dia mahu sembahyang biar pun tengah malam dia akan minta bukakan sejadah dan dia pun sembahyanglah sorang2 tengah2 malam, itu yang cakap dgn abang, zulfan sudah pandai sembahyang tahajjud...Alhamdulillah, mudah2an berkekalan rajin sembahyang ya Zulfan, Amin Ya Rabbal'Alamin
setakat itu sahaja untuk kali ini, next, kalau ada masa jugak aku kasi upload gambar cuti2 malaysia kami last year...
konsep campur2 ~_~
1 week ago





0 footprints:
Post a Comment